Website: http://aycgombak.blogspot.com
LATAR BELAKANG
Kelab Belia Amal Gombak atau nama ringkasnya A.Y.C. (Amal Youth Club) telah ditubuhkan pada 15 Jun 2009 dan telah didaftarkan sebagai pertubuhan belia dibawah seksyen 10 AKTA PERTUBUHAN BELIA DAN PEMBANGUNAN BELIA 2007 PERATURAN –PERATURAN PERTUBUHAN BELIA ( PENDAFTARAN)2007.
No pendaftaran:PPBM 5345/09, No.PPPB:01-11/5333 Bertarikh:9 November 2009
AYC dengan segala keupayaan yang dimiliki oleh setiap ahlinya berazam untuk membentuk suatu pasukan yang komited dan konsisten dengan tujuan penubuhan kelab belia ini dalam usaha melahirkan golongan belia yang berakhlak mulia, berdedikasi dan mempunyai semangat juang yang tinggi untuk pembangunan dan kemajuan negara yang tercinta ini .
AYC berkemampuan menggarap potensi yang ada melalui saluran yang disediakan oleh pihak kerajaan khususnya mahupun pihak-pihak lain yang terbabit untuk membantu umumnya. Pengiktirafan oleh semua pihak perlu dalam meletakkan pertubuhan belia sama ada di peringkat nasional, negeri mahupun daerah sebagai ‘one stop center’ bagi penganjuran program dan aktiviti yang melibatkan belia dan masyarakat.
Sebagai sebuah pertubuhan belia yang berdaftar, AYC akan cuba sedaya upaya mempertingkatkan potensi belia, menggilapkan kualiti kepimpinan dan pentadbiran pertubuhan belia melalui peningkatan ilmu pengetahuan dan kemahiran sejajar dengan hasrat kerajaan dan visi,misi dan objektif yang telah digariskan.
VISI & MISI
VISI
Ke arah pembentukan generasi belia berumur 15 – 40 tahun yang berakhlak mulia,berkepimpinan tinggi dan bersemangat waja bagi mewujudkan sebuah masyarakat dan negara yang diredhoi Tuhan dan disenangi insan.
Ke arah pembentukan generasi belia berumur 15 – 40 tahun yang berakhlak mulia,berkepimpinan tinggi dan bersemangat waja bagi mewujudkan sebuah masyarakat dan negara yang diredhoi Tuhan dan disenangi insan.
MISI
Melahirkan belia yang cemerlang dari pelbagai sudut dan kriteria merangkumi fizikal, mental dan spiritual.
Melahirkan belia yang cemerlang dari pelbagai sudut dan kriteria merangkumi fizikal, mental dan spiritual.
OBJEKTIF
- Mengadakan aktiviti yang dapat membina peribadi, meningkatkan kesetianegaraan dan mewujudkan kesedaran terhadap perlunya menjauhi unsur dan nilai negatif dikalangan ahli-ahli;
- Mengadakan aktiviti untuk ahli-ahli dalam bidang kebudayaan, sukan, kerohanian dan lain-lain;
- Menggalakkan penyertaan ahli-ahli dalam program pembangunan komuniti setempat;
- Memberi peluang kepada ahli-ahli terlibat dalam program latihan kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan;
- Menjalankan aktiviti-aktiviti lain yang dapat memperkukuh sumber kewangan pertubuhan;
- Bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan dalam pelaksanaan program pembangunan belia.
